Saturday, November 6, 2010

rindu sangat

Awak...
saya sendiri...
saya rindukan awak...
rindu sangat...
saya menangis rindukan awak...

Awak...
bila semua ni nak berakhir?
bila saya boleh berhenti menangis?
bila saya dapat rasa bahagia?

Awak...
seksa nya saya bila awak tak disamping saya...
saya rasa susah sangat nak teruskan hidup ni...

Awak...
saya terfikir...
mungkin ke awak cinta pertama saya?
saya mampu untuk mencintai awak tanpa sebab dan alasan...
saya mampu merindui awak saban waktu...
saya mampu menangis berbulan bulan lamanya hanya kerana awak...

Awak...
saya sangat rindukan awak...
awak dengar tak suara hati saya?

Monday, November 1, 2010

Saya tak faham

Awak...
Saya nak awak tau
Saya selesa disini
Saya selesa dengan senyuman dan gelak tawa palsu ini
Senyuman saya bukan lagi senyuman yang pernah awak suka suatu masa dulu
Mungkin ini kebahagiaan buat saya

Bila saya membutakan mata
Bila saya cuma melihat apa yang saya mahu lihat...
Bila saya memekakkan telinga
Saya cuma dengar apa yang saya mahu dengar...

Awak...
Saya bukan lagi Si Manis awak
Saya bukan lagi ratu dihati awak
Saya bukan lagi si manja yang akan menangis dalam pelukan awak
Saya bukan lagi perempuan yang kuat membebel untuk awak
Saya bukan siapa siapa lagi awak
Saya dah tak kenal siapa saya
Tapi yang pasti saya akan selalu merindui awak

Awak...
sekarang awak boleh lupakan saya
Buang saya jauh jauh dari hati awak
Saya bukan lagi untuk awak

Awak...
tak perlu risau jika saya menangis lagi
kerana saya memang akan selalu menangis
tak perlu bimbang jika saya mem'bunuh' diri saya
kerana Si Manis awak memang telah mati
Tak perlu gusar jika saya sakit
Sebab saya memang sakit

Awak...
Jangan risau saya menangis lagi
Sebab saya memang akan terus menagis

Awak...
Saya tak faham kenapa saya tulis ni untuk awak...

Thursday, October 28, 2010

munajat cinta

munajat cinta

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus


The whole day aku dengar lagu ni...menyentuh hati.
aku terfikir...tuhan dah kirim kan atau pun aku yang tak nampak?
ermmmmmm...tak pe lah...

Friday, October 22, 2010

akhirnya...kembali jua

Awak...
saya dah kembali...
kembali ke dunia saya...
hitam,gelap,kelabu...

Awak...
pusingan roda kehidupan saya...
terlalu pantas...
cepat benar pusingan itu datang...*mengeluh*

Awak...
Saya tahu saya tak pasti dengan keputusan saya...
tapi saya yakin...
itu yang terbaik buat saya...

Awak...
Walau apa pun yang saya lakukan...
Walau hina dina perbuatan saya dimata awak...
saya anggap ini pengorbanan saya...

Awak...
Saya akui saya lemah...
Saya kalah...
Saya tewas...

Awak...
Saya nak awak tau...
AWAK masih ada dalam hati saya...
Tapi saya lepaskan awak pergi...

Awak...
Saya harap awak bahagia...
Saya harap sangat dapat melihat awak berjaya...
Walau dari kejauhan...

Awak...
Saya merayu pada awak...
Bangun,bangkit,berdiri,berjalan dan berlari...
Jangan pandang saya yang ada dibelakang...
Jangan sia siakan pengorbanan saya ini...

Awak...
Janji dengan saya...
Sebelum saya betul betul mati...
Saya nak tengok awak berjalan dengan megah...

Awak...
Saya tahu awak sentiasa dekat dengan saya...
Sebab awak ada dalam hati saya...

Monday, October 11, 2010

Salah dan menyalahkan

Situasi ni selalu terjadi...kat mana mana pon ada...aku ketawa sendiri bila melihat mereka yang bergelar pemimpin dan mengaku pemimpim tak kira lah pemimpin siapa pun...pemimpin masyarakat konon nya mengeluh perempuan muda mintak duit...ha ha ha...ko yang menggatal dengan perempuan perempuan tu,pantang nampak perempuan dahi licin mula la nak menggatal...lepas tu salah kan orang...satu perkataan je aku nak cakap kat ko...BANGANG.

Ada lagi bakal pemimpin masyarakat,baru terima anugerah sikit...status gila bapak baik kat FB...aku rasa macam nak gelak guling2...persetan kan la masyarakat,golongan muda,generasi akan datang jika kamu sendiri bengkok...opssss aku terlupa...kita kan dah akhir zaman maka mereka mereka yang bengkok akan jadi pemimpin...bila perempuan muda macam aku enggan melayan...dipersalahkan juga...JANGAN ANGKUH SANGAT...kata nya...ha ha ha...aku angkuh ke?aku cuma berterus terang...memang kebenaran itu menyakitkan.kenapa nak menyalahkan aku?

Ada juga baru berjinak jinak dengan perniagaan,imej sangat baik...ha ha ha...imej je la...hakikat nya?ermmm...aku terlupa lagi...lelaki memang nakal,mana ada lelaki tak nakal...tak lelaki la kalau tak nakal...tapi kena menyalahkan aku?kenapa disalah kan aku yang seksi?soalan nya aku seksi ke?aduhhh...kamu pergi lah keluar dari kepompong kepura puraan kamu,bergaul dengan manusia diluar sana,dunia ini sangat luas.Jangan disalahkan perempuan seperti aku.

Ada yang mengaku menyayangi aku,bila kecundang aku juga disalahkan...ha ha ha...adakah aku perempuan yang dilahirkan,setelah menang bertarung dengan berjuta juta sperma lain untuk menembusi ovum,yang lahir untuk berjuang dan menjadi pemenang tapi di mata kamu kamu dan kamu lelaki fungsi aku hanya untuk disalahkan*ermmm...*thinking mood*=maybe aku sesuai jadi lesbian...ha ha ha

Aku juga salah dan aku menyalahkan...salah aku...kenapa aku tak tutup aurat aku dengan sempurna?kenapa aku tak jaga pandangan mata aku?kenapa aku tak jaga tingkah laku aku?dan kenapa aku menyalahkan kamu lelaki?

Aku bengong...aku akui.

Harapan dan berhenti berharap

Harapan...
Ya aku manusia yang pernah mempunyai berbagai bagai harapan dan impian...Antara nya aku berharap aku akan bahagia bersama kamu...Aku berharap aku akan mati di pangkuan kamu...Aku berharap aku menjadi isteri yang sempurna buat kamu...Aku berharap aku punyai keluarga bahagia bersama kamu...Aku berharap aku menjadi ibu kepada anak anak kamu...Aku berharap aku menjadi ratu dihati kamu,mempunyai kedudukan yang teratas dalam carta hidup kamu...Tapi itu semua dulu...DULU...kini aku berhenti berharap kerana harapan itu semua palsu...Aku penat membohongi hati aku...Aku sakit dengan permainan ini...pedih menusuk ketangkai hati yang memang telah hancur berkecai,lunyai...*senyum pahit*

Ya aku bangkit tapi bukan kamu hala tuju hidup aku,bukan kamu kiblat ku lagi...Aku hamba duit dimata mu...*tersenyum pahit lagi*.Aku tahu mana hala tuju aku...kesana aku pergi...

Monday, October 4, 2010

jatuh dan terjatuh

Aku terjatuh lagi...dari bangunan yang sama...ha ha ha...sangat bodoh.Sudah ku hafal segala tingkat dan tingkap,namun aku terjatuh lagi.Kenapa?sebab aku melalui jalan yang sama...huhhhh...aku bingung,perlu kah aku mentertawakan kebodohan sendiri atau menangis?perlu kah aku ketawa sambil menangis?

Aku cuma manusia biasa,aku hanya mahu dimengerti...bukan dipersalahkan setiap masa.Aku sangat yakin bila aku bersama mu segala halangan dan dugaan dalam dunia ni mampu aku harungi walau pun seisi dunia ini menentang aku...cuma aku pinta pengertian,jangan ayik menyalahkan aku.Aku telah cuba segala yang terbaik hanya untuk kamu.Susah sangat ke untuk mengerti?Aku bercakap menggunakan bahasa manusia bukan bahasa makhluk asing...kenapa susah sangat untuk mengerti?

Berapa kali aku perlu terjatuh dan terjatuh lagi hanya untuk kamu?Kenapa cuma seketika aku mampu tersenyum?kemudian aku kembali menangis,terpuruk,tersorok,meratap disudut sepi...sendiri,hanya ada aku dan dunia ku...kenapa tidak ada dunia kita?

Kamu tahu hati aku telah hancur berkecai,terluka...kenapa kau berikan harapan jika sekadar untuk mempermainkan aku?jika hadirmu sekadar untuk menghancur,merobekkan hati aku...buat aku jatuh tersungkur,tersembam...tahniah aku ucapkan.Sebab kamu telah menang,aku menangis lagi...lagi dan lagi...hanya untuk kamu.

Kamu benar2 mahu melihat aku kembali ke dunia ku...dunia yang mana kamu menjumpai aku?Ya...aku kembali kesana...kerana tiada apa yang tinggal untuk aku disini,didalam dunia kamu...didalam dunia kita.semua telah hancur berkecai.Sama macam hati aku...hancur berkecai dan aku semakin percaya tak ada cinta untuk aku,aku berhenti berharap

Wednesday, September 29, 2010

Aku wanita itu...

Aku wanita yang sangat tamak,aku mahukan segala gala nya dari sang lelaki dambaan hati ku,aku mahukan segala cinta,kasih sayang,perhatian,belaian dan segala galanya hanya untuk aku...jika bisa setiap udara yang dihirup oleh sang lelaki itu mestilah mendapat keizinan aku...Aku mahu dia sehingga dia tiada ruang untuk dirinya sendiri...setiap ruang dan lohong yang ada dalam hidup nya mesti lah dikongsi dengan aku...

Aku wanita tamak itu...aku mahukan seisi dunia ini dilonggokkan dihadapan mata aku agar bisa aku memilih apa yang aku sukai walaupun pilihan itu langsung tidak tepat...aku tak pernah peduli...kerana bagi aku,aku yang paling sempurna tiada cacat cela nya...

Aku wanita itu yang mengadu domba kesana kemari,meraih simpati di mata ramai semata mata kerana ingin sang lelaki itu mengikut telunjuk ku...hingga aku lupa aku sedang membogelkan maruah ku sendiri.Aku dengan bangga memijak,menginjak maruah sang lelaki aku hanya kerana mengikut kata hati konon nya...tetapi aku lupa,mereka yang konon nya bersimpati...hanya mentertawakan aku...menggelakkan kebodohan aku dibelakang aku...aku terus terleka dengan permainan yang aku ciptakan sendiri,konon nya lagi untuk memperjuangkan nasib diri...

Aku wanita itu yang mahukan segala galanya kerana aku telah dibutakan dan membutakan mata batinku dengan keinginan ku yang tidak pernah puas,aku tidak pernah jemu meminta dan terus meminta...hingga akhirnya bila aku tersedar dari semua ini...segalanya telah berakhir dan tiada apa yang tinggal untuk aku.

Sunday, August 8, 2010

Patah hati

Actually aku dalam kondisi yang sangat tidak ok...hati aku patah melintang pukang,hancur berkecai berderai kat lantai...di pijak pijak tanpa rasa simpati...sikit pun tiada ruang dan peluang untuk aku bernafas...aku terkaku,terkedu,terkesima mencari hala tuju.Aku terduduk,membungkam diam membisu disudut sepi bertemankan air mata yang tak pernah jemu menemani aku...air mata yang terlalu murah harga nya...aku menangis meratapi kehancuran cinta aku,meratapi kebodohan sendiri...Ya Tuhan walaupun aku selama ini leka dalam menikmati nikmat Mu...tapi berilah aku peluang...walaupun aku tak pasti layak atau tidak untuk aku berkata begitu...

Aku menikmati erti kelukaan ini,aku ingin bangkit mencari diri sendiri,tapi aku tak mahu dimana hujung pangkal nya...aku tak tahu dimana patut aku mulakan langkah ini...aku masih terkaku disini...Terlalu sukar untuk aku lalui semua ini,tapi aku yakin aku akan bangun menjadi insan baru yang lebih tabah dan lebih menghargai cinta...mungkin benar aku perlu mencintai diri aku sebelum aku mencintai orang lain...Aku tahu aku pengecut,aku penakut...benar aku akui aku yang meninggalkan dia...kenapa aku perlu bersedih?aku perlu menangis?aku perlu meratap?Aku yang tinggalkan dia kan?jawapan nya sebab aku pengecut...aku tak berani menghadapi kenyataan,aku tak berani menyelesaikan masalah...aku lari dari masalah...aku tak cuba menyelesaikan nya...aku terlalu angkuh untuk membuka ruang perbincangan dari hati kehati dengan jujur dan ikhlas...aku mementingkan diri sendiri,mementingkan apa yang aku rasa,bukan apa yang KAMI rasa...aku pentingkan diri bila aku rasa terluka,tidak dihargai aku berlalu pergi membawa hati yang terluka...aku tidak memberi peluang kepada dia untuk mengenali siapa aku yang sebenar...apa yang aku mahukan...kenapa aku begitu dan begini...

Keangkuhan dan keegoan aku membunuh hubungan ini tapi tidak rasa cinta ini...aku akui aku terlalu mencintai dia...sangat mencintai tapi aku meninggalkan dia...kenapa?kerana aku mementingkan apa yang aku impikan,apa yang aku inginkan...kerana apa yang ada pada aku hanya lah...aku...aku...dan aku.Ada aku tanya apa yang dia inginkan?Tak aku tak pernah bertanya,aku tak pernah ambil tahu...kenapa?sebab aku hanya pentingkan aku...pentingkan apa yang aku rasa,apa yang aku mahu,apa yang aku...aku...dan aku mahukan...akhir nya aku terpuruk sendiri...menangis.

Aku tahu tiada jalan kembali kerana aku telah menutup jalan itu...aku tiada pilihan...aku mesti melalu jalan yang penuh dengan duri tajam yang menikam hati aku yang telah berkecai...aku mesti mengharungi onak ranjau hidup ini sendirian tanpa teman yang berada di taman hati...Aku kena lalui semuanya untuk mencapai apa yang aku impikan,aku idamkan dan aku inginkan kerana aku telah membayar dengan harga yang mahal.

Aku akan terus melangkah menuju destinasi impian aku.Aku menikmati kesakitan ini.Kesakitan ini sangat mengasyikkan...aku menikmatinya...terima kasih kepada dia kerana dia pernah menjadi raja dihati aku,bersemayam di hati aku,menjadi cahaya yang menerangi kegelapan aku,menjadi segala galanya untuk aku...terima kasih...aku doakan yang terbaik untuk dia...izinkan aku merindui mu...selagi rasa cinta ini masih menyala...

Wednesday, April 14, 2010

Duit...duit...duit

Actually aku tak tau la cara aku didik anak ni betul atau salah.Aku admit sebab aku kawen muda maka nya aku agak terkial kial nak menjaga dan mendidik anak,aku 28 tahun manakala anak aku dah 8 tahun (sesekali guna perkataan manakala ni rasa cam best lak..hehe)Ditambah pulak dengan ada beberapa insiden yang berlaku yang menyebab kan kami pernah berpisah seketika membuatkan aku makin terkial kial.Ni baru intro...hehehhehe

Pagi tadi time hantar anak aku ataupun nama panggilan dia babygirl pegi sekolah aku bersembang sembang la dengan dia.Tetiba dia teringat kat 3 orang kerdil yang kami nampak semalam,so perbulan kami camni :

Babygirl : mummy, kakak yang rendah kita nampak semalam tu orang kerdil ke?
Aku : haah,kenapa?
Babygirl : Kesian dia kan, kalau babygirl dah besar nanti,dah banyak duit baby nak tolong orang susah.
Aku : Kalau nak tolong orang susah,babygirl kena belajar pandai2 pastu cari duit banyak2 nanti senang nak tolong orang.

Lepas aku cakap tu aku realize mata anak aku cam bersinar2,membayang kan sesuatu...anak aku ni cam aku gak,kuat berangan...hehehe

Tapi yang aku musykilkan kat sini,betul ke cara aku ajar anak aku?Aku selalu cakap kat dia dalam dunia ni duit tu penting.Anak aku tak jadi materialistik ke nanti?Ermmmmmm and i admit bukan senang nak jaga anak..but i will try the best for her...buah hati pengarang jantung aku.

Wednesday, April 7, 2010

Resepi ikan singgang

Hahahahahhaha...tetiba aku nak post resepi...sebab lunch ni aku masak ikan singgang je,agak sibuk hari ni,tapi sempat berblog sementara nak tgu ikan singgang masak...

Resepi nye:
1)Ikan tongkol/ikan kayu/ikan aya(ikan yang sama nama je banyak atau ikan tenggiri
1)Bawang putih yang di hiris nipis,nak ketuk je pun boleh kasi pecah sikit2 je
3)Asam keping dalam 3 keping
4)Lengkuas dalam 1 inci dihiris nipis
5)kunyit dalam 1 inci setengah dihiris nipis
6)Kacang bendi potong ikut sesedap rasa dan sesuka hari sebab nanti sendiri jugak yang nak makan

Cara cara nya:

Masukkan kesemua bahan diatas dan letakkan air secukup nya,gunakan api perlahan dan tungggu sehingga kuah mendidih,masukkan garam dan ajinomoto.Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.Kalau nak letak cili padi pun boleh,masukkan je sebiji sebiji cili tu tanpa dipotong.

Resepi ni sangat ringkas dan sedap dimakan bersama sambal belacan dan ulam ulaman.

Senang je nak masak ni sebab tu aku sempat taip blog sementara tunggu dia masak...Sesiapa nak mencuba boleh la cuba...hehehhehee

p/s:esok nak balik kampung,dah memacam makanan yang aku idamkan ni.

Thursday, April 1, 2010

Anakku

Siapa tak sayang anak?Kalau ditanya,mesti kebanyakan akan cakap dia sayang anak dia.Saya pun sayang anak saya.walaupun kadang2 saya agak garang.Ya saya cuba untuk membuang tabiat buruk itu.

Masalah nya di sini,ada satu pagi tu aku hantar anak aku pergi sekolah,maka nya aku perlu melalui jalan yang sesak dan sebagai nya lah,dan kebiasaan nya aku akan menghantar anak aku ni pukul 6.45 pagi supaya dia sampai awal ke sekolah.Tapi pada pagi yang sibuk tu,aku ternampak satu kejadian yang membuatkan aku naik marah.Kejadian tu ialah,ada sorang mak budak ni,dia cuma berhenti kan kereta kat traffic light je,pastu anak perempuan dia yang pra tadika ni turun dari kereta dan lintas jalan sorang2.Bayang kan budak kecik ye,yang tinggi pun tak sampai semeter tu melintas jalan yang sesak sorang2...sangat tidak cerdik mak dia ni (aku tak mintak sesuatu yang buruk terjadi pada budak tu sebab bukan salah dia tapi salah mak dia yang tak cerdik)Bayang kan lagi kalau budak tu kena langgar,mesti ayat mak budak tu macam ni "saya tak sangka anak kesayangan saya akan turun dari kereta dan melintas jalan seorang diri,ini lah pertama kali anak saya melakukan tindakan sebegini,tindakan anak saya sangat pantas,saya tak sempat nak menghalang nya" ayat klise bila sesuatu yang buruk terjadi.Betul tak?Aku faham mak dia mungkin takut nak masuk kawasan sekolah sebab nanti susah nak keluar,kereta banyak,sebab mak dia pon baru lesen P je.Tapi walau apa pun alasan nya ia tidak dapat diterima akal.

Tolong la,jaga lah anak kita baik2 dan hati2,malang tidak berbau.tapi kalau kita dah ambil tindakan yang sewajarnya tapi malang nak menimpa juga,sekurang kurang nya kita tak la dibebani dengan rasa bersalah yang teramat sangat.

Televisyen

Kadang kadang aku terfikir,kalau takde televisyen atau tv kat rumah lagi baik.Sebab apa je rancangan yang berfaedah yang dapat membuka minda?yang berunsur ilmiah?Aku bukan manusia skema,yang menolak semua unsur hiburan,tapi aku muak,aku jelek dengan apa yang dihidangkan kepada penonton.

Aku bagi contoh kat sini,ada satu malam tu aku tertengok (aku tengok dengan tidak sengaja ya) hotel mania.Masa tu aku tengah makan burger dengan anak aku,aduhhhhhhhhhhhhhh...sakit hati ku melihat watak yang tergedik2,dengan pelakon lelaki yang bercelak tebal,pelakon perempuan pulak cakap dengan cara mak nyah...maka aku dengan pantas nya menyuruh anak aku menukar saluran TV.Kurang baik juga kerana terpaksa pula tengok cerita siong yang di ulang tayang kat TV9.Ermmmmmm...masa tu aku rasa nak suruh anak aku tutup je TV tu,tapi macam kesian pulak tengok muka dia terpinga pinga.Aku serba salah disini.

Tak cukup dengan rancangan TV yang ntah apa apa ntah tu,di sajikan pulak dengan iklan yang bukan2.Tambahan pula kalau iklan sabun,mesti iklan nya tak cerdik.Kenapa ya?aku tertanya tanya kenapa...(tetiba teringat pensyarah marketing aku Mr Jega,dia sangat tak suka dengan iklan sabun Daia yang mamat rambut warna warni terpacak tu)mesti ke iklan sabun kena tak cerdik?

Facebook


Facebook...siapa yang ketagihan facebook sila mengaku...hehehehehhe...aku mengaku aku agak ketagih dengan facebook.Pagi pagi sebelum mula buat kerja mesti aku buka facebook dulu.Kebiasaan nya aku tak tutup pun tingkap facebook tu,maknanya aku sentiasa melayarinya selagi aku duduk depan laptop ni.

Facebook ni sama juga dengan benda lain,ada kebaikan dan keburukan nya,walaupun cerita ni dah agak basi,tapi memandangkan aku baru nak berjinak jinak dengan dunia blogging ni mata aku tulis la jugak.Semua ni dari kacamata aku(walaupun aku tidak memakai kacamata mahupun kanta sentuh ya) sebagai pengguna facebook.

Aku banyak membazir masa dengan facebook ni sebab game yang melalaikan aku.Masa mula mula aku terjebak(hehehehe...tak de siapa pon yang jebak aku) dengan facebook ni aku tak lena tidur sebab aku sangat sibuk berkebun,dengan gigih dan tanpa jemu,aku agak kagum dengan apa yang telah aku lakukan,sebab sebelum ni aku tak boleh mengadap laptop mahupun komputer lama lama,aku nak muntah.tapi sejak berkenalan dengan facebook semuanya berubah,kesimpulan yang aku dapat ialah....aku telah membazirkan sangat banyak masa disini.

Selain itu,aku juga banyak menghabiskan masa dengan melihat gambar kawan kawan,walaupun kadang kadang bukan aku kenal pon orang tu...hehehehe.Aku rajin memberikan komen di status kawan kawan dan kawan kawan juga memberikan komen di status aku,maka aku pun membazirkan masa dengan bersembang benda yang bukan bukan...isk isk isk...Tapi apa yang aku nampak keburukan nya ialah,kadang kadang boleh jadi gaduh hanya dengan sebab komen ni.Kan kita hanya menulis kadang kala tersalah tafsir atau orang lain tersalah tafsir apa maksud debenar yang ingin kita sampai kan,ye lah,kawan kita bukan nampak pun ekspressi muka,body language kita masa tu,nada suara pon dorang tak boleh nak dengar...akhir nya terputus la silaturrahim sesama insan.

Ermmmmm...topik facebook ni akan disambung di lain episod...:)

p/s:itulah gambar kebun hasil kegigihan aku berkebun.nanti upload gambar kebun lain lak,gambar cafe,gambar binatang dan berbagai bagai lagi...:)