Aku wanita yang sangat tamak,aku mahukan segala gala nya dari sang lelaki dambaan hati ku,aku mahukan segala cinta,kasih sayang,perhatian,belaian dan segala galanya hanya untuk aku...jika bisa setiap udara yang dihirup oleh sang lelaki itu mestilah mendapat keizinan aku...Aku mahu dia sehingga dia tiada ruang untuk dirinya sendiri...setiap ruang dan lohong yang ada dalam hidup nya mesti lah dikongsi dengan aku...
Aku wanita tamak itu...aku mahukan seisi dunia ini dilonggokkan dihadapan mata aku agar bisa aku memilih apa yang aku sukai walaupun pilihan itu langsung tidak tepat...aku tak pernah peduli...kerana bagi aku,aku yang paling sempurna tiada cacat cela nya...
Aku wanita itu yang mengadu domba kesana kemari,meraih simpati di mata ramai semata mata kerana ingin sang lelaki itu mengikut telunjuk ku...hingga aku lupa aku sedang membogelkan maruah ku sendiri.Aku dengan bangga memijak,menginjak maruah sang lelaki aku hanya kerana mengikut kata hati konon nya...tetapi aku lupa,mereka yang konon nya bersimpati...hanya mentertawakan aku...menggelakkan kebodohan aku dibelakang aku...aku terus terleka dengan permainan yang aku ciptakan sendiri,konon nya lagi untuk memperjuangkan nasib diri...
Aku wanita itu yang mahukan segala galanya kerana aku telah dibutakan dan membutakan mata batinku dengan keinginan ku yang tidak pernah puas,aku tidak pernah jemu meminta dan terus meminta...hingga akhirnya bila aku tersedar dari semua ini...segalanya telah berakhir dan tiada apa yang tinggal untuk aku.
Wednesday, September 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment