Kadang kadang aku terfikir,kalau takde televisyen atau tv kat rumah lagi baik.Sebab apa je rancangan yang berfaedah yang dapat membuka minda?yang berunsur ilmiah?Aku bukan manusia skema,yang menolak semua unsur hiburan,tapi aku muak,aku jelek dengan apa yang dihidangkan kepada penonton.
Aku bagi contoh kat sini,ada satu malam tu aku tertengok (aku tengok dengan tidak sengaja ya) hotel mania.Masa tu aku tengah makan burger dengan anak aku,aduhhhhhhhhhhhhhh...sakit hati ku melihat watak yang tergedik2,dengan pelakon lelaki yang bercelak tebal,pelakon perempuan pulak cakap dengan cara mak nyah...maka aku dengan pantas nya menyuruh anak aku menukar saluran TV.Kurang baik juga kerana terpaksa pula tengok cerita siong yang di ulang tayang kat TV9.Ermmmmmm...masa tu aku rasa nak suruh anak aku tutup je TV tu,tapi macam kesian pulak tengok muka dia terpinga pinga.Aku serba salah disini.
Tak cukup dengan rancangan TV yang ntah apa apa ntah tu,di sajikan pulak dengan iklan yang bukan2.Tambahan pula kalau iklan sabun,mesti iklan nya tak cerdik.Kenapa ya?aku tertanya tanya kenapa...(tetiba teringat pensyarah marketing aku Mr Jega,dia sangat tak suka dengan iklan sabun Daia yang mamat rambut warna warni terpacak tu)mesti ke iklan sabun kena tak cerdik?
Thursday, April 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment