Wednesday, April 14, 2010

Duit...duit...duit

Actually aku tak tau la cara aku didik anak ni betul atau salah.Aku admit sebab aku kawen muda maka nya aku agak terkial kial nak menjaga dan mendidik anak,aku 28 tahun manakala anak aku dah 8 tahun (sesekali guna perkataan manakala ni rasa cam best lak..hehe)Ditambah pulak dengan ada beberapa insiden yang berlaku yang menyebab kan kami pernah berpisah seketika membuatkan aku makin terkial kial.Ni baru intro...hehehhehe

Pagi tadi time hantar anak aku ataupun nama panggilan dia babygirl pegi sekolah aku bersembang sembang la dengan dia.Tetiba dia teringat kat 3 orang kerdil yang kami nampak semalam,so perbulan kami camni :

Babygirl : mummy, kakak yang rendah kita nampak semalam tu orang kerdil ke?
Aku : haah,kenapa?
Babygirl : Kesian dia kan, kalau babygirl dah besar nanti,dah banyak duit baby nak tolong orang susah.
Aku : Kalau nak tolong orang susah,babygirl kena belajar pandai2 pastu cari duit banyak2 nanti senang nak tolong orang.

Lepas aku cakap tu aku realize mata anak aku cam bersinar2,membayang kan sesuatu...anak aku ni cam aku gak,kuat berangan...hehehe

Tapi yang aku musykilkan kat sini,betul ke cara aku ajar anak aku?Aku selalu cakap kat dia dalam dunia ni duit tu penting.Anak aku tak jadi materialistik ke nanti?Ermmmmmm and i admit bukan senang nak jaga anak..but i will try the best for her...buah hati pengarang jantung aku.

Wednesday, April 7, 2010

Resepi ikan singgang

Hahahahahhaha...tetiba aku nak post resepi...sebab lunch ni aku masak ikan singgang je,agak sibuk hari ni,tapi sempat berblog sementara nak tgu ikan singgang masak...

Resepi nye:
1)Ikan tongkol/ikan kayu/ikan aya(ikan yang sama nama je banyak atau ikan tenggiri
1)Bawang putih yang di hiris nipis,nak ketuk je pun boleh kasi pecah sikit2 je
3)Asam keping dalam 3 keping
4)Lengkuas dalam 1 inci dihiris nipis
5)kunyit dalam 1 inci setengah dihiris nipis
6)Kacang bendi potong ikut sesedap rasa dan sesuka hari sebab nanti sendiri jugak yang nak makan

Cara cara nya:

Masukkan kesemua bahan diatas dan letakkan air secukup nya,gunakan api perlahan dan tungggu sehingga kuah mendidih,masukkan garam dan ajinomoto.Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.Kalau nak letak cili padi pun boleh,masukkan je sebiji sebiji cili tu tanpa dipotong.

Resepi ni sangat ringkas dan sedap dimakan bersama sambal belacan dan ulam ulaman.

Senang je nak masak ni sebab tu aku sempat taip blog sementara tunggu dia masak...Sesiapa nak mencuba boleh la cuba...hehehhehee

p/s:esok nak balik kampung,dah memacam makanan yang aku idamkan ni.

Thursday, April 1, 2010

Anakku

Siapa tak sayang anak?Kalau ditanya,mesti kebanyakan akan cakap dia sayang anak dia.Saya pun sayang anak saya.walaupun kadang2 saya agak garang.Ya saya cuba untuk membuang tabiat buruk itu.

Masalah nya di sini,ada satu pagi tu aku hantar anak aku pergi sekolah,maka nya aku perlu melalui jalan yang sesak dan sebagai nya lah,dan kebiasaan nya aku akan menghantar anak aku ni pukul 6.45 pagi supaya dia sampai awal ke sekolah.Tapi pada pagi yang sibuk tu,aku ternampak satu kejadian yang membuatkan aku naik marah.Kejadian tu ialah,ada sorang mak budak ni,dia cuma berhenti kan kereta kat traffic light je,pastu anak perempuan dia yang pra tadika ni turun dari kereta dan lintas jalan sorang2.Bayang kan budak kecik ye,yang tinggi pun tak sampai semeter tu melintas jalan yang sesak sorang2...sangat tidak cerdik mak dia ni (aku tak mintak sesuatu yang buruk terjadi pada budak tu sebab bukan salah dia tapi salah mak dia yang tak cerdik)Bayang kan lagi kalau budak tu kena langgar,mesti ayat mak budak tu macam ni "saya tak sangka anak kesayangan saya akan turun dari kereta dan melintas jalan seorang diri,ini lah pertama kali anak saya melakukan tindakan sebegini,tindakan anak saya sangat pantas,saya tak sempat nak menghalang nya" ayat klise bila sesuatu yang buruk terjadi.Betul tak?Aku faham mak dia mungkin takut nak masuk kawasan sekolah sebab nanti susah nak keluar,kereta banyak,sebab mak dia pon baru lesen P je.Tapi walau apa pun alasan nya ia tidak dapat diterima akal.

Tolong la,jaga lah anak kita baik2 dan hati2,malang tidak berbau.tapi kalau kita dah ambil tindakan yang sewajarnya tapi malang nak menimpa juga,sekurang kurang nya kita tak la dibebani dengan rasa bersalah yang teramat sangat.

Televisyen

Kadang kadang aku terfikir,kalau takde televisyen atau tv kat rumah lagi baik.Sebab apa je rancangan yang berfaedah yang dapat membuka minda?yang berunsur ilmiah?Aku bukan manusia skema,yang menolak semua unsur hiburan,tapi aku muak,aku jelek dengan apa yang dihidangkan kepada penonton.

Aku bagi contoh kat sini,ada satu malam tu aku tertengok (aku tengok dengan tidak sengaja ya) hotel mania.Masa tu aku tengah makan burger dengan anak aku,aduhhhhhhhhhhhhhh...sakit hati ku melihat watak yang tergedik2,dengan pelakon lelaki yang bercelak tebal,pelakon perempuan pulak cakap dengan cara mak nyah...maka aku dengan pantas nya menyuruh anak aku menukar saluran TV.Kurang baik juga kerana terpaksa pula tengok cerita siong yang di ulang tayang kat TV9.Ermmmmmm...masa tu aku rasa nak suruh anak aku tutup je TV tu,tapi macam kesian pulak tengok muka dia terpinga pinga.Aku serba salah disini.

Tak cukup dengan rancangan TV yang ntah apa apa ntah tu,di sajikan pulak dengan iklan yang bukan2.Tambahan pula kalau iklan sabun,mesti iklan nya tak cerdik.Kenapa ya?aku tertanya tanya kenapa...(tetiba teringat pensyarah marketing aku Mr Jega,dia sangat tak suka dengan iklan sabun Daia yang mamat rambut warna warni terpacak tu)mesti ke iklan sabun kena tak cerdik?

Facebook


Facebook...siapa yang ketagihan facebook sila mengaku...hehehehehhe...aku mengaku aku agak ketagih dengan facebook.Pagi pagi sebelum mula buat kerja mesti aku buka facebook dulu.Kebiasaan nya aku tak tutup pun tingkap facebook tu,maknanya aku sentiasa melayarinya selagi aku duduk depan laptop ni.

Facebook ni sama juga dengan benda lain,ada kebaikan dan keburukan nya,walaupun cerita ni dah agak basi,tapi memandangkan aku baru nak berjinak jinak dengan dunia blogging ni mata aku tulis la jugak.Semua ni dari kacamata aku(walaupun aku tidak memakai kacamata mahupun kanta sentuh ya) sebagai pengguna facebook.

Aku banyak membazir masa dengan facebook ni sebab game yang melalaikan aku.Masa mula mula aku terjebak(hehehehe...tak de siapa pon yang jebak aku) dengan facebook ni aku tak lena tidur sebab aku sangat sibuk berkebun,dengan gigih dan tanpa jemu,aku agak kagum dengan apa yang telah aku lakukan,sebab sebelum ni aku tak boleh mengadap laptop mahupun komputer lama lama,aku nak muntah.tapi sejak berkenalan dengan facebook semuanya berubah,kesimpulan yang aku dapat ialah....aku telah membazirkan sangat banyak masa disini.

Selain itu,aku juga banyak menghabiskan masa dengan melihat gambar kawan kawan,walaupun kadang kadang bukan aku kenal pon orang tu...hehehehe.Aku rajin memberikan komen di status kawan kawan dan kawan kawan juga memberikan komen di status aku,maka aku pun membazirkan masa dengan bersembang benda yang bukan bukan...isk isk isk...Tapi apa yang aku nampak keburukan nya ialah,kadang kadang boleh jadi gaduh hanya dengan sebab komen ni.Kan kita hanya menulis kadang kala tersalah tafsir atau orang lain tersalah tafsir apa maksud debenar yang ingin kita sampai kan,ye lah,kawan kita bukan nampak pun ekspressi muka,body language kita masa tu,nada suara pon dorang tak boleh nak dengar...akhir nya terputus la silaturrahim sesama insan.

Ermmmmm...topik facebook ni akan disambung di lain episod...:)

p/s:itulah gambar kebun hasil kegigihan aku berkebun.nanti upload gambar kebun lain lak,gambar cafe,gambar binatang dan berbagai bagai lagi...:)