Sunday, August 8, 2010

Patah hati

Actually aku dalam kondisi yang sangat tidak ok...hati aku patah melintang pukang,hancur berkecai berderai kat lantai...di pijak pijak tanpa rasa simpati...sikit pun tiada ruang dan peluang untuk aku bernafas...aku terkaku,terkedu,terkesima mencari hala tuju.Aku terduduk,membungkam diam membisu disudut sepi bertemankan air mata yang tak pernah jemu menemani aku...air mata yang terlalu murah harga nya...aku menangis meratapi kehancuran cinta aku,meratapi kebodohan sendiri...Ya Tuhan walaupun aku selama ini leka dalam menikmati nikmat Mu...tapi berilah aku peluang...walaupun aku tak pasti layak atau tidak untuk aku berkata begitu...

Aku menikmati erti kelukaan ini,aku ingin bangkit mencari diri sendiri,tapi aku tak mahu dimana hujung pangkal nya...aku tak tahu dimana patut aku mulakan langkah ini...aku masih terkaku disini...Terlalu sukar untuk aku lalui semua ini,tapi aku yakin aku akan bangun menjadi insan baru yang lebih tabah dan lebih menghargai cinta...mungkin benar aku perlu mencintai diri aku sebelum aku mencintai orang lain...Aku tahu aku pengecut,aku penakut...benar aku akui aku yang meninggalkan dia...kenapa aku perlu bersedih?aku perlu menangis?aku perlu meratap?Aku yang tinggalkan dia kan?jawapan nya sebab aku pengecut...aku tak berani menghadapi kenyataan,aku tak berani menyelesaikan masalah...aku lari dari masalah...aku tak cuba menyelesaikan nya...aku terlalu angkuh untuk membuka ruang perbincangan dari hati kehati dengan jujur dan ikhlas...aku mementingkan diri sendiri,mementingkan apa yang aku rasa,bukan apa yang KAMI rasa...aku pentingkan diri bila aku rasa terluka,tidak dihargai aku berlalu pergi membawa hati yang terluka...aku tidak memberi peluang kepada dia untuk mengenali siapa aku yang sebenar...apa yang aku mahukan...kenapa aku begitu dan begini...

Keangkuhan dan keegoan aku membunuh hubungan ini tapi tidak rasa cinta ini...aku akui aku terlalu mencintai dia...sangat mencintai tapi aku meninggalkan dia...kenapa?kerana aku mementingkan apa yang aku impikan,apa yang aku inginkan...kerana apa yang ada pada aku hanya lah...aku...aku...dan aku.Ada aku tanya apa yang dia inginkan?Tak aku tak pernah bertanya,aku tak pernah ambil tahu...kenapa?sebab aku hanya pentingkan aku...pentingkan apa yang aku rasa,apa yang aku mahu,apa yang aku...aku...dan aku mahukan...akhir nya aku terpuruk sendiri...menangis.

Aku tahu tiada jalan kembali kerana aku telah menutup jalan itu...aku tiada pilihan...aku mesti melalu jalan yang penuh dengan duri tajam yang menikam hati aku yang telah berkecai...aku mesti mengharungi onak ranjau hidup ini sendirian tanpa teman yang berada di taman hati...Aku kena lalui semuanya untuk mencapai apa yang aku impikan,aku idamkan dan aku inginkan kerana aku telah membayar dengan harga yang mahal.

Aku akan terus melangkah menuju destinasi impian aku.Aku menikmati kesakitan ini.Kesakitan ini sangat mengasyikkan...aku menikmatinya...terima kasih kepada dia kerana dia pernah menjadi raja dihati aku,bersemayam di hati aku,menjadi cahaya yang menerangi kegelapan aku,menjadi segala galanya untuk aku...terima kasih...aku doakan yang terbaik untuk dia...izinkan aku merindui mu...selagi rasa cinta ini masih menyala...